Checkmate Four Fangire

Checkmate Four (チェックメイト・フォー, Chekkumeito Fō) adalah ahli puak Fangire yang paling kuat. Setiap seorang daripada mereka mempunyai tatu berbentuk buah catur tertentu. Mereka juga dipanggil berdasarkan tatu mereka. Sebagai ahli Checkmate Four, mereka mempunyai tugasan tersendiri. Sekiranya salah seorang daripada mereka mati, akan muncul pengganti mereka dari puak Fangire yang lain.

Rook

Rook (ルーク, Rūku) dikenal pasti melalui lambang buah catur Tir pada tapak tangannya. Namun tugasnya tidak diketahui secara terperinci. Namun, pada tahun 2008, Rook bekerja sama dengan Bishop untuk merekrut King dan Queen yang baru, seolah-olah dia memangku tugas King.

Rook yang dipaparkan dalam drama Kamen Rider Kiva adalah satu-satunya individu yang bertanggungjawab membunuh ibu Aso Yuri dan suku Wolfen. Sehingga kini, hanya satu Fangire yang menduduki tempat Rook. Dia juga dinamakan sebagai Dai Chan (大ちゃん, Daichan) pada tahun 2008 oleh Wataru dan Shizuka kerana saiz badannya yang besar. Ketika itu, dia telah kehilangan ingatan termasuk namanya. Namun, apabila ingatannya pulih, dia kembali memainkan peranannya sebagai Rook dan bermusuhan dengan manusia termasuk Wataru.

Bishop

Bishop (ビショップ, Bishoppu) dikenal pasti melalui lambang buah catur Gajah pada tapak tangannya. Tugas utamanya tidak diketahui. Namun, pada tahun 2008, dia bekerja sama dengan Rook untuk merekrut King dan Queen yang baru, dan memangku tugas Queen untuk memusnahkan pengkhianat Fangire yang sedang atau cuba menjalinkan hubungan dengan manusia. Selain itu, dia juga bertindak sebagai perancang utama aktiviti Checkmate Four.

Queen

Queen (クイーン, Kuīn) dikenal pasti melalui lambang buah catur Ratu pada tapak tangannya. Tugasnya adalah memusnahkan mana-mana Fangire yang cuba dan sedang menjalinkan hubungan dengan manusia, malah menganggap mereka sebagai pengkhianat. Pada tahun 1986, tugas Queen dipikul oleh Maya. Namun pada tahun 2008, tugas Queen dipikul oleh Mio. Queen juga bertanggung jawab membantu King dalam melaksanakan tugasnya. Selain itu, Queen juga bertanggung jawab melindungi puak Fangire dari ancaman mana-mana individu yang berpotensi menggugat keharmonian mereka.

King

King (キング, Kingu) dikenali melalui lambang buah catur Raja pada tapak tangannya. Tugasnya adalah untuk menghalang manusia berevolusi melampaui puak mereka. King pada tahun 1986 dipikul oleh ayah Taiga dan 2008 dipikul oleh Taiga melalui warisan ayahnya. Taiga pada tahun 1986 berumur kira-kira setahun.

Kamen Rider:KIVAIXASAGAREYArc
Lain-lain:WatakFangire
Media:Senarai episodTETRA-FANGClimax DekaKing of the Castle in the Demon WorldYou Can Also be Kiva